ALOR SETAR, 7 MAC: Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Tanjung Bendahara, di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 1 MAC: Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
SARIKEI, 1 MAC: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
SHAH ALAM, 24 FEB: Seorang lelaki maut manakala anaknya selamat setelah kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang di Kampung Bukit Kuda, Klang dekat sini petang tadi.
KUALA LUMPUR, 19 FEB: Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
IPOH, 17 FEB: Dua pelajar lelaki sekolah menengah berusia 16 tahun dikhuatiri lemas semasa cuba mengambil bola di dalam sungai di Kampung Tepus dekat Parit hari ini.
JASIN, 13 FEB: Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor malam ini.
SEREMBAN, 7 FEB: Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
SHAH ALAM, 5 FEB: Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang tadi.
BINTULU, 5 FEB: Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan.
BINTULU, 5 FEB: Keadaan banjir yang melanda Bintulu sejak seminggu lalu kini hampir pulih sepenuhnya.
JERTIH, 3 FEB: Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.
LAHAD DATU, 30 JAN: Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
IPOH, 29 JAN: Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah hari ini.
KUCHING, 29 JAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri menemukan dua lagi mayat mangsa yang kedua-duanya kanak-kanak perempuan, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Taman Mas 1, Hulu Langat, dekat sini, terbakar awal pagi tadi.
KOTA BHARU, 28 JAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang semalam, berakhir dengan penemuan mayat Muhammad Asadullah Zehan, 11, pagi tadi.
KOTA BHARU, 28 JAN: Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang semalam.
KOTA BHARU, 25 JAN: Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan sebuah Perodua Alza di Jalan Kuala Krai-Gua Musang awal pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.